Monday, June 20, 2011

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA KINI DIBONGKARKAN

Kali ni aku nak kongsi pasal rahsia disebalik tarikh lahir. Kalau diikutkan banyak jugak blog atau website yg bercerita pasal bende alah ni, tak kisahla. Aku terpanggil utk tulis pasal ni sebab tadi opismate aku bercerita pasal ramalan yg pernah dibuat kepadanya oleh 'seorang tukang tilik china' berdasarkan tarikh lahir dye. So aku pun saje je tengok2 internet berkenaan dengan ni. Tengok punya tengok, aku berkenan nak sharekan bende alah ni yang aku rase menarik jugak utk dikongsi bersama..

Sumber drpd : www.freewebs.com, pakarhowto.com

Sumber2 diatas semuanya menggunakan cara yg sama utk mentafsir rahsia disebalik tarikh lahir iaitu dengan mencampurkan semua nombor dalam tarikh lahir kita sehingga menjadi nombor tunggal

Contoh:-
Aku lahir : 11/6/1982
Pengiraan : 1 + 1 = 2, 2 + 6 = 8, 8 + 1 = 9, 9 + 9 = 18, 1 + 8 = 9, 9 + 8 = 17, 1 + 7 = 8, 8 + 2 = 10
1 + 0 = 1

So keputusan dr tarikh lahir aku ialah 1#


KETERANGAN NOMBOR LAHIR

NOMBOR 1.
Sumber : www.freewebs.com

KETULENAN
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Lambang Keunggulan Tuhan
@ Nombor Kemakmuran, Keutuhan Diri, Kekuatan, Keberanian dan Kekuasaan

Sekiranya no rumah anda adalah 1,maka rumah anda akan senantiasa Makmur. Sekiranya anda adalah tetamu dirumah ini anda akan dapat merasai suasana Tenteram,Damai dan Tenang.

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Anda adalah seorang berani
@ Mempunyai pendirian yg kukuh
@ Memiliki kekuatan fizikal dan mental.


NOMBOR 2.
Sumber : www.freewebs.com

PENDAMAI
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Nombor in i bersifat pasangan, sebagai contoh:-
Sekiranya pasangan anda bersifat panas, dan anda akan automatically bersifat sejuk.
@ Simbol Pengesahan, Penyaksian, Perkaitan, syarat menemukan jawapan secara semulajadi dan jodoh

Bagi seseorang yg sukar mendapat jodoh, Amalkanlah nombor ini, dengan cara ambil segelas air masak yg sejuk atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 diluar gelas, memadai dgn menggunakan hujung jari. Kemudian minum, semua perbuatan kita mestilah berserah kepada Allah -kerana InsyaAllah nombor ini akanmemberi sifat kekuatan dye dgn Kekuasaan ALLAH-, lagi lebih baik sebelum minum, kita selawat 3X dan bacalah 'Basmallah' dan ingat nombor 2 dan niatkan dalam hati utk mendapat pasangan. Lakukan 7 kali atau 7 hari berturut2. InsyaAllah tak sampai sebulan pasangan yg sesuai akan diperolehi..


NOMBOR 3.
Sumber : www.freewebs.com

CERIA
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Rahsia akal, Bijaksana, Keceriaan, Kesuburan, Keseimbangan, Pembalasan dan Penindasan

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Anda seorang yg pintar dan bijaksana
@ Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan AKAL akan berkata2 sama ada ia baik atau buruk.
@ Boleh menjadi pencipta yg baik tetapi bermula dgn kemusnahan
Setelah melalui banyak kegagalan baru menikmati kejayaan, tapi kalau anda cepat berputus asa....habislah..
@ Mudah memiliki sesuatu kekayaan, bende, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah melepaskannya.
@ Seseorang yg subur, punyai anak ramai dan ibu bapa yg baik
@ Awet muda


NOMBOR 4.
Sumber : www.freewebs.com

KONSERVATIF
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Membawa simbol rupa bentuk, Kesempurnaan, Kemantapan Kedudukan, Kewangan dan Kehidupan
@ Lambang Kekuasaan, Kestabilan dan Lengkap
@ Stabil dan tidakmudah diganggu-gugat atau dipengaruhi.

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Anda mampu melihat melalui daya imaginasi
@ Agakan anda selalunya tepat dan kalau merancang, InsyaAllah berhasil.

Ramai arkitek, jurutera dan pereka2 bernaung dibawah no ni.


NOMBOR 5.
Sumber : www.freewebs.com

PERINTIS
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yg ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yg diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Simbol Kreatif dan mampu mempengaruhi,
@ Pemikir, Bijaksana, dan tahap Intelektual yg tinggi.
@ Pengkritik

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Sekiranya anda adalah seorang Hakim...
akan dpt melaksanakan tugas dgn bijaksana dan dpt menyelesaikan segala masalah, perbalahan,kerumitan dan kesusahan
@ anda mampu mempengaruhi orang lain dlm membuat keputusan
@ Pandai memujuk, dan merayu

Jika anda tidak mampu membuat keputusan, Ingatkan 5, disamping didalam hati perlu berdoa utk mendapat petunjuk drpd ALLAH nescaya mudah semuanya..


NOMBOR 6.
Sumber : www.freewebs.com

ROMANTIK
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
– Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Hati-hati jika anda lemah semangat,
Jgn gunakan kerana syaitan dan iblis mudah merasuk..
@ 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bg mereka yg lemah semangat
@ 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat Al-Quran

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Anda suka meramal dan bolehmeramal dengan tepat.
@ Mulut masin -Apa yg dikatakan, InsyaAllah akan terjadi -
@ Suka kepada bende2 ghaib
@ Boleh melihat dan menembusi alam ghaib

Bagi yg belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingat 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2, INSYAALLAH tidak sampai sebulan niat akan terlaksana..


NOMBOR 7.
Sumber : www.freewebs.com

INTELEKTUAL
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar utk menerima sesuatu perkara dgn mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yg ada disekeliling mereka, tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan utk menjadi penyelidik yg baik dlm menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Adalah nombor paling baik
@ Lambang pembalasan, memerintah,
@ membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, Pemusnah dan Penghalau hantu
@ InsyaAllah doa akan termakbul sekiranya mengulangi sebnayak 7 kali

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Mempunyai sifat Melindungi
@ Mampu memerintah dengan baik

Untuk menghalau hantu dan pelindung ibu yg sedang sakit bersalin: (InsyaAllah) Palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yg sakit. Mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh).


NOMBOR 8.
Sumber : www.freewebs.com

PENYELESAIAN
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yg hebat dan suka hidup dlm suasana kehidupan yg terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dgn cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Mendorong kearah kekayaan, kemampatan, kehidupan, keadilan, kesempurnaan, lengkap dan akhirnya kematian

Memang nombor ini mendorong kearah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrup. Sebabnya nombor lapan bermaksud penamat kehidupan. Dari segi sains, oksigen terletak dalam atom 8, So kalau tak cukup oksigen orang akan mati lol...


NOMBOR 9.
Sumber : www.freewebs.com

PELAKON
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Sumber : pakarhowto.com
Rahsia disebalik No :
@ Lambang Kebenaran
@ Lambang tenaga yg kuat
@ Simbol perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian.

Sekiranya anda bernaung dibawah no ini,
@ Anda mudah terlanjur dlm perbuatan dan percakapan, suka cakap lepas
@ cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan


NOMBOR 10 / 0.
Sumber : pakarhowto.com

HANYA PENCIPTA YG MAHA AGUNG memilikinya, sekiranya tarikh lahir anda adalah 10, maka sebenarnya no utk tarikh lahir anda merupakan 1 + 0 = 1..

Rahsia disebalik No :
@ Simbol keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa,
Kebesaran yg tak dapat diukur dgn apa sekali pun.
@ Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran (tiada penamat),
Ia sentiasa akan berlingkar dlm pusingan yg sama tanpa ada titik akhir
@ Satu nombor yg cukup2 kuat, tidak mampu dikalahkan oleh semua ilmu yg ada.
@ Tidak ada org yg bernaung dibawahnya. Hanya Pencipta Yang Maha Agung dan Esa memilikinya..




Komen aku :-
Hemmm...setelah meneliti betul ke idak ape yg menjadi rahsia utk tarikh lahir aku, boleh dikatakan kene jugakla sedikit tapi yg part ni "Mempunyai pendirian yg kukuh" macam sedikit tak betul jugak lol...myb sebab aku ni gemini kot, (pendirian tak berapa nak kukuh) walaupun bernaung dibawah 1, tetap bab2 pendirian ni tak berapa nak betul skit.. :))


Encik hubby punya plak
Tarikh lahir encik hubby : 6/10/1981
Pengiraan : 6 + 1 = 7, 7 + 0 = 7, 7 + 1 = 8, 8 + 9 = 17, 1 + 7 = 8, 8 + 8 = 16, 1 + 6 = 7, 7 + 1 = 8
So no tarikh lahir encik hubby : 8#

Komen aku :-
Hemm...boleh dikatakan tepat jugak penyingkap rahsia tarikh lahir encik hubby ni, boleh dikatakan semua menepati diri encik Mazrun Hafizi b. Esro.. Tapi part yang paling aku agree sangat2....ialah :-

- Golongan penyelesaian masalah,
- Sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Akan memberitahu seseorang dgn cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

Oklah...korang cubalah bongkarkan rahsia tarikh lahir korang dengan apa yg aku tulis ni yer..Selamat mengira dan kalau korang nak tinggalkan komen ape2 dekat sini pun ok juga...bolehku baca dan ku balas nanti...Selamat jumpa lagi yer



/bye /bye /bye



No comments:

Post a Comment