Tuesday, May 10, 2011

LIST HALAL JAKIM....SUSU ILHAM???

..INFORMASI TERBARU MENGENAI SUSU ILHAM ..

Sabtu lepas aku telah berkongsi dgn para ibu2 mengenai Alternatif susu yg boleh diambil kira utk sikecik tersayang. kalau korang pernah terbacala entry aku mengenai bende alah ni..

Berkenaan dgn entry itu, sahabatku telah ke website JAKIM utk mengenalpasti samada susu ILHAM ini mempunyai pengiktirafan HALAL daripada JAKIM atau tidak?


Ini feedback sahabatku setelah ke website JAKIM,
ini melalui facebook.. Aku kasi senang baca skit



Sahabat : Aku chck kat website JAKIM, susu Ilham ni xde dlm list halal jakim..

Aku : ye ker...dah tgk dye punya website?myb blom update lagi kot...aku pun nak check gak ar...

Aku : tapi kalau dah terang2 susu ni mengamalkan terapi Al-Quran dan komposisi/bahan terbesar dye adalah drpd makanan sunnah2 rasulullah, takkanla tak halal?...aku rase mesti JAKIM tak update lagi website dye (aku yg duk dlm bidang programming ni, dah biase sgt kalau website2 yg lambat2 update info ni..ehheheheee)


Ini pendapat peribadi akula..lagipun xde keuntungan ape2 pun kalau tiba2 susu ilham meningkat/menurun jualannya..saje-je aku nak kongsi serba sedikit pasal product bumiputra ni

Mencari yang HALAL itu adalah FARDHU bagi setiap muslim

Abu Hurairah r.a. berkata;
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan.

Firman Allah; (wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu).

Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh Allah SWT).


Tapi disebabkan teguran ayat diatas, mengenangkan pulak si Aqil minum susu Ilham tu, walaupun bagi aku kalau dah semua sumber2 susu tu dah terbaik (terapi Al-Quran + Kurma dan Kismis makanan sunnah + Badam) takkanla tak halal pulakkan...Perlu ker pengiktirafan HALAL daripada pihak JAKIM, walaupun terang2 segala bahan kandungannya kita tahu akan membawa kebaikan kepada kita??? macam aku katakan itu adalah pendapat peribadi aku lol...

Aku pun ajukanlah pertanyaan yg seperti ini kepada ilham4u.com bagi memperjelaskan persoalan pengiktirafan HALAL ni direct tanya diorang terus lagi senang, tak payah nak pening kepala nak fikir2 kenapa, tak gitu???

Mesej drpd Aku:
Salam...saya just nak tanya susu ilham ni dah didaftarkan dalam product halal JAKIM ke tak lagi ye?
sebab saya try search dalam JAKIM punya product halal, susu ilham takde dalam senarai pun...

Balasan drpd Admin EBunda S/B
Wassalam,
Susu ilham sudah pun masuk untuk permohonan halal jakim dari segi lab dan nutrisi alhamdulillah semuanya dah lepas.. tinggal feedback dan kemaskini.. untuk medapatkan sijil sepenuhnya sahaja. Berapa pantas dia akan update database tu kami tak berapa pasti.

TQ: Admin Ebunda Sdn Bhd

Aku harap dengan penjelasan drpd pihak admin Ebunda Sdn. Bhd.. Pengeluar Susu Ilham sendiri dapat menggambarkan dengan jelas status HALAL susu Ilham tersebut, disebabkan aku yg war2kan pasal susu Ilham ini kepada ibu2 diluar sane, so aku memang wajib mencari kepastian sekiranya ape yg aku war2kan itu terdapat sedikit keraguan mengenainya... paling penting bab2 HALAL ni sebab ini akan jadi darah daging anak kecil kita nanti...

Fuh.... lega... semua dah terjawabMySpace
p/s : Kepada sahabat terima kasih dengan info anda sebelum ini..kalau tak xdenye aku nak pergi clarifykan balik ke'halal'an susu ilham ini..hehehe


/bye /bye /bye


No comments:

Post a Comment