Tuesday, January 26, 2010

Diet - Menambahkan tahap hemoglobin dlm darah

Eheh...sepanjang mengandung ni kepekatan hemoglobin dalam darah aku semakin turun, mase bulan pertama hingga ke 4 perfect (13-11 g/DL), tapi nak masuk bulan ke 5, kepekatannya turun kepada 10.6 g/DL, skrg ni bulan ke 6 kepekatan turun lagi ke 10.4 g/DL, aduss bimbangnyer kalau kepekatan hemoglobin aku jatuh lagi bawah 10, nanti aku kene rujuk ke hospital plak...adusss...naya..naya...

Pil2 yg doktor bekalkan aku mmg dah makan ikut waktu dan pengambilannye.. Ape lagi nak buat ni. Skrg ni aku tgh cari info pasal nak meningkatkan kepekatan hemoglobin aku..ape yg aku jumpe........



Info pasal hemoglobin :-

Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi)


Penyebab kepekatan hemoglobin rendah :-

~ Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

~ Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan

~ Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika



Cara meningkatkan kepekatan hemoglobin

~ Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering.

~ Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati

~ Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum

~ mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik

~ Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan


...Nasihat drpd malay confinement...

Makanlah daging (yg tak terlalu berlemak)/sup daging/sup gearbox. Klu tak ada perubahan selepas makan pil ferum, last resort pi makan rumput alfalfa (rumput segala rumput dgn segala khasiat). Rumput alfalfa ada dijual kat TESCO. Tak ingat berapa harganya. Jgn beli yg pokok alfalfa, rumput yg bercambah lembut sikit berbanding pokok. Boleh makan dgn sos salad atau sandwich. Rasa lemak-lemak sikit. Jangan panik atau tension semasa mengandung. Belajar utk relaks.



...Khasiat Pisang...


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

MENINGKATKAN TAHAP HEMOGLOBIN
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah

Meningkatkan kuasa minda
buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap.

Mengurangkan stress
Potassium dalam pisang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium

Strok
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Tekanan darah tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.




...Wajib makan banyak-banyak lepas ni...

2 comments:

  1. Info yg baik utk HB yg rendah mcm sy..baca n follow..jom singgah n follow blog http://diariaishah87.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hb yg rendah boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang.mak sy pernah alaminya.setiap kali kurang drh dr akan tambah darah.tp sebenarnya mek ada penyakit buah pinggang stage 4.di stage 4 baru kami tahu.4 hr mek sy tak sedar to alhamdulilah slps makan getah arab mek ay kwmbali sihat.dan tdk ada lg masalah hb kurang dan buah pinggang jga kembali berfungsi

    ReplyDelete