Wednesday, April 30, 2014

CIK KE TANAH SUCI

26-04-2014, Kami adik beradik (saudara tiri pun ade sekali) sempat menghantar cik dan ayoh di KLIA. Sebahagian adik beradik yang menetap di terengganu hantar dekat Airport Terengganu, yang menetap berdekatan dengan KL hantarla dekat KLIA ni. 

Kalau ikutkan kami adik beradik nak buat majlis kesyukuran untuk cik dan ayoh 25hb tu (Jumaat) tapi disebabkan kekangan waktu nak balik tu, cik just comeout dengan makan2 tengahari dekat KLIA je. So kami yang duk dekat2 KL ni, just teman cik dekat KLIA je la.. 


Tag cik..heheh..patutnya nama Zainah Binti Ali..agensi tu salah taip jadinya dalam tag tu ciknyer nama Zainal Binti Ali...adeh....



Cik dan ayoh berlepas dengan rombongan umrah dari terengganu pukul 9 lebih pagi, dan sampai di KLIA dalam dekat2 pukul 10am camtu. 


PIC DI AIRPORT TERENGGANU 

Sumber daripada telifon kak za. Awatla tak ambil gambo dengan adik beradik dan saudara mara yang lain


Cik berlepas dari KLIA dalam pukul 6 lebih petang, anggaran sampai dalam 2 atau 3 pagi dekat Mekah. Oklah ni plak gambar2 yang sempat dirakam sepanjang kami adik beradik di KLIA..


PIC DI KLIA




Ni masa mau masuk ke tempat pelepasan. Kak Iman je hantar dekat pintu nak masuk tu..heheh...

Kami adik beradik duk dekat KLIA tu dari pukul 10 lebih hingga pukul 6. Riuh KLIA tu dengan gelagat kami..adeh...cadangan awal2 lepas hantar cik ngan ayoh, kami adik beradik nak berbbq dekat umah kak dedi, tapi tak jadi sebab 'kepala' program tu ade kerje so kene balik kuantan terus. So program terpaksa dibatalkan... hampeh tulla..bersemangat ni nak beriuh rendah dekat seremban... 

Oklah itu aje, Doa2kanlah semoga cik dan ayoh selamat di tanah suci dan mendapat umrah yang makbul...InsyaaAllah.. ~ Amin ~







Tuesday, April 29, 2014

PESANAN KEPADA MAMA-TO-BE DIAKHIR2 TRISEMESTER KEHAMILAN

Pesanan ini aku dapat daripada seorang kakak yang memang pandai mengurut dan menguruskan ibu-ibu lepas bersalin. Sooo tak salah rasenye kalau pesanan ini aku war2kan untuk bakal2 ibu yang tak lama lagi akan melahirkan insan yang comel dan bakal menjadi khalifah Allah yang disegani dimuka bumi ini. ~ Amin ~


Antara pesanan yanng dititipkan untuk aku adalah :-

Semasa minggu2 terakhir Trisemester ini

1) Kalau berseluar\berkain dalam, atau pendek atau panjang.
  • Pastikan : Getah seluar\kain tadi berada dipermulaan atas perut ATAU dibawah pengakhiran perut.


Sumber ihsan : Google.com
  • Alasan : Sekiranya getah seluar\kain berada ditengah2 perut (walaupun tak berapa ketat), secara tidak langsung bakal mama telah menghadkan pergerakan bb dalam kandungan daripada keseluruhan perut kepada 1/2 drpd keseluruhan perut..sian bb... bb akan lebih kebawah dan menyebabkan rahim mudah jatuh dan bakal mama akan merasakan kekejangan serta mudah sakit yang teramat dibahagian pinggang, bontot dan kebawah. Ini pengalaman aku ni..huhu...percayalah sangat sakit OK...

2) Amalkan meminum air kelapa muda untuk dapatkan bayi yang berkulit bersih.



3) Untuk mengelakkan anak yang dilahirkan nanti jaundice 
  • Amalkan meminum air rebusan longan kering (yang warna kuning yer, sebab yang kuning tu masih baru dikeringkan. suam2 tau jangan sejuk2 pulak.. )




4) Mudahkan bersalin
  • Minum Virgin Oil Coconut a.k.a Minyak kelapa dara 2X setiap hari
  • Air rebusan longan a.k.a air mata kucing.

  
Daripada : GardenHerbShop

5) Tumbukkan halia tua, ambilkan airnya dan sapukan dari pangkal peha sampai ke hujung kaki.


  • Alasan : Untuk menenang dan menyegarkan urat2 paha dan kaki, agar tak mudah kejang dan tersipul urat sepanjang kehamilan. 



Semasa betul2 lepas melahirkan anak

1) Kalau sempat sapukan darah yang keluar bersama-sama bb tu ke bahagian2
  • Muka untuk awet muda
  • Disetiap sendi2 sebagai penawar daripada penyakit sendi.

Lepas tu jangan lupe basuh pula yer. tak perlu nak jijik bagai sebab darah tu adalah sebahagian daripada diri anda sendiri. 


2) Buka genggaman tangan bb, anda pasti terkejut sebab dalam genggaman bb tu akan ade bende semacam pasir halus (tak banyakla sikit je ala-ala macam debu camtu). 
  • Apa yang perlu anda buat : Simpan pasir2 ni untuk kegunaan bb ni di masa hadapan, sekiranya bb ni kene sawan tangis ke atau penyakit2 lain. Pasir ni merupakan penawar yang paling mujarab bagi bb tersebut. ~ InsyaAllah ~ 
Yang ni aku tak pernah tengok dengan mata kepala aku sendirila, bak kata kakak tu bende alah ni memang ada bagi setiap bb, kakak ni sempat simpan pasir2 ni untuk anak ke-2 hingga ke 5 dye sahaja, yang 1st tu tak tahu plak yang bende alah ni wujud. So nanti bb keluar baru kite check it out... :)









Tuesday, April 22, 2014

SEJUK PERUT MAMA

Semalam masa time tido, selepas baca doa 3 kul dan doa tidur dengan Aqil.
 
 
Mama : Aqil tak nak bacakan doa tidur dekat bb ker?
 
Pastu terus dye mengensot ke bawah dan dekatkan mulut dye dengan pusat mama.. pastu dengan tadah tangan bagai, Aqil bacakan surah Annas dekat perut mama. Dah sampai 2 ayat surah annas tu, dye dongak kearah muka aku.
 
 
Aqil : Mama bacakanlah sekali dengan Aqil..
 
 
Sooo kenela jugak mama ni ikut serta bacakan surah annas tu. sebenarnya kalau diikutkan Aqil dah boleh dikatakan lancar sikit surah Annas tu. Tapi biasela budak baru 3 hari belajar baca doa mase tidur, tak berapa confident nak baca sorang2. kalau diikutkan pencapaian Aqil quite memuaskan jugaklah walaupun dalam pelat sikit2..hahha. Lepas dah amin dan sapu muka.. Aqil usap perut mama
 
 
Aqil : bb amin la cepat macam Aqil ni..
 
 
Aku dan hubby senyum je...Aqil...Aqil...bertuah betul dapat anak macam ni. Sejuk perut mama, semoga Aqil menjadi anak yang soleh dan abang yang baik untuk bakal adik dye nanti... ~ Amin ~
 
 
 



SUDAH HAMPIR 35 MINGGU...

Wah lagi 4 hari nak masuk 35 minggu.. sepanjang 33 minggu hingga sekarang ni, bb sangat2la happy dalam perut mama ni. perut mama dah jadi macam jeli dah sekejap ke kiri  sekejap kekanan sekejap keatas dan sekejap kebawah jadinya.. Agaknya bb tengah buat ape yer?? Main bola kot???

35 weeks pregnant
 
 
Ketinggian bb sekarang kalau ikutkan What to Expect punya blog, sekarang dah almost 20 inci.
Berat bb pulak lebih kurang 2.5 Kg atau 5.5 pounds dan saiz bb sekarang lebih kurang botol jus yang 3 liter tu.. Lebih kurang camni la saiz dye...
 

Kalau ikutkan minggu ni memang untuk minggu 'PACK YOUR BAG'.. la..la...la...la...la...ketaq sebenarnya..hahahah..
 
 
 
 
 


 

Wednesday, April 16, 2014

SAMBUTAN BIRTHDAY AQIL KE-4 ~ YUKIDS ISLAND 1 UTAMA

Bithday kalini, sebab banyak sangat kekurangan sooo mama ngan papa decide untuk bawa aqil main dekat taman permainan Yukids ni. Mama dah survey awal dah pasal yukids ni, daripada blog2 lain dan ramai parents yang suggest bagus tempat ni..
 
Mula2 ingatkan tempat ni besarla, tapi bile pergi takde ar besar pun just dye punya mainan je boleh dikatakan tak membosankan sekiranya anda adalah kanak2.. Mainan dye tak variety tapi bolehla buatkan anak2 anda tu melekat lama dengan satu-satu permainan. 
 
So far bagi mama, bagusla tempat ni walaupun kecik dan tak banyak mainan tapi mainan dye tu boleh attract kanak2 tu untuk bermain dengan lama... Jom tengok gelagat Aqil dan Kak Iman aqil ni..
 
  
~ Tempat belon-belonan ~
 
Tempat paling favourite Aqil.. asyik dekat situ je dye nak main..adeh....
 



Aksi yang paling suka dye buat...


~ Tempat ke-2 favourite ~


 
 
 Dekat sini, kanak2 boleh melompat-lompat (kegemaran Aqilla jugak kalau lompat2 ni). Mama tak sempat nak snap picture banyak2 dekat sini.. bile nak snap je, asyik Nampak bontot Aqil je..malehla mama nak snap gambar Aqil dekat sini...


~ Tempat landing yang Aqil paling suka ~


 
 
 
 
~ Tempat yang Aqil kurang sikit nak main ~
 

 
 
Kirenya tempat ni boleh tahan jugakla.. Sangat2 disyorkan bagi kanak2 sekiranya anda mencari tempat yang sangat bersih, selamat dan kalau jatuh pun tak sakit sebab keseluruhan permainan dye diperbuat daripada getah kot..sebab best sangat bile jatuh..hehhe...
 
So kalau ada bb yang nak merangkak tu boleh sangat bagi dye main dekat sini, kalau jatuh pun no hal punya...
 
Yang tak bestnye haritu bumper car dye tutupla.. huhu..konon2 budget boleh manila yer...takde maknenyer kalau dah perut buncit kedepan sekarang ni..
 
 
 
 
Nak tahu lebih lanjut pasal ni, bolehla ke website Yukids ni di http://www.singkids.com.sg/my/home.html